CARA-CARA MENGAPLIKASI STRATEGI INFLUENCER MARKETING UNTUK USAHAWAN KECIL

Dalam strategi influencer marketing, kita bekolaborasi dengan seseorang yang mampu mempengaruhi pengikut dan peminatnya.

Itu bermakna kita perlu pilih influencer yang cakapnya dipercayai oleh pengikut dan peminatnya.

Andainya influencer itu mempunyai banyak followers, tetapi cakapnya tidak berapa dipercayai, influencer macam itu tidak menepati keperluan bisnes kita.

Lebih baik lagi apabila influencer itu bukan hanya seorang yang dipercayai, malah dia juga dipandang tinggi oleh pengikut dan peminatnya.

Tujuan strategi influencer marketing adalah:

1. Menarik lebih banyak customers baru yang berkualiti.

2. Mendapatkan trafik yang lebih tepat dengan ciri-ciri customers target kita.

Dua tujuan itulah yang mampu menghasilkan lebih banyak leads.

Ada laporan kajian yang menunjukkan 71% pengiklan melaporkan dengan menggunakan pengaruh influencers mereka mendapat customers dan trafik yang lebih berkualiti dibandingkan dengan menggunakan format iklan-iklan lain.

Ada kajian di US yang mendapati ROI influencer marketing adalah berbaloi di mana bagi setiap dolar yang dibelanjakan ROI-nya adalah $5.78.

Gunakan strategi influencer marketing bagi tujuan jangka segera iaitu:

1. Mempromosi iklan produk ataupun servis kita.

2. Mempromosi konten kita seperti video, arikel, ataupun foto produk ataupun servis kita.

Matlamat akhir kita mengaplikasi strategi influencer marketing adalah:

1. Kita mahu mendapat customers baru dari kalangan pengikut dan peminat influencer itu.

2. Kita mahu menarik minat dan memujuk para pengikut dan peminat influencer itu supaya mahu membeli dan mencuba produk ataupun servis kita.

Apabila kita mempunyai website, salah satu cara kita mengaplikasi influencer marketing adalah dengan menerbitkan konten influencer itu di website kita.

Sebagai contoh, influencer itu boleh menulis artikel untuk diterbitkan di website kita. Mereka menjadi guest writer di website kita.

Manfaat cara itu adalah kita sendiri dan influencer itu akan sama-sama untung, sama-sama win-win:

1. Kita akan dikenali oleh pengikut dan peminat influencer itu yang masuk ke website kita. Mereka adalah customers baru bagi produk ataupun servis kita.

2. Influencer itu akan dikenali oleh followers kita. Mereka menjadi peminat dan pengikut baru kepada si influencer itu.

Andainya kita tidak mampu membayar yuran influencer bertaraf papan pertama, kita boleh menggunakan:

1. Beberapa orang micro-influencers, bukan menggunakan hanya seorang influencer nama besar yang tinggi yurannya.

2. Gunakan beberapa micro-influencers dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, dan TikTok.

3. Gunakan golongan yang disebut pemimpin pendapat.

Pemimpin pendapat atau opinion leaders bukan artis, namun mereka adalah golongan yang pendapatnya diterima oleh banyak orang. Artikel yang mereka tulis di website mereka dibaca dan dikongsi oleh banyak orang.

Sebagai contoh, kita adalah founder produk penjagaan kulit. Kita boleh berkolaborasi dengan doktor pakar dalam bidang penjagaan kulit yang mempunyai website dan akaun media sosial.

Dalam memilih influencers, sangat penting personaliti dan imej mereka itu sehaluan dengan brand kita.

Sebagai contoh, untuk mempromosi buku ilmu kita, golongan artis tidak sesuai. Pada pandangan orang awam dunia buku ilmu dan dunia artis tidak sejodoh.

Untuk Lebih Banyak Content Bermanfaat, Download Percuma Apps Ainon Mohd.

Setiap hari, anda akan dapat apps notification mengenai perkongsian bisnes dalam bentuk bertulis dan video daripada Puan Ainon Mohd. 

Klik butang di bawah untuk terus download.