TENTANG

PUAN AINON MOHD

BIODATA

Puan Ainon Mohd merupakan seorang usahawan yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan usahawan Malaysia.

Beliau yang merupakan Founder kepada PTS sebuah syarikat penerbitan buku Melayu terbesar Malaysia dan Syarikat Ainon Business School sekolah bisnes yang melahirkan usahawan berdaya saing yang patuh syariah.

Beliau juga merupakan seorang ‘influencer’ kepada hampir 250 ribu pengikut di media sosial.

Tulisan beliau sering dijadikan rujukan oleh para usahawan dan terkenal dengan panggilan Puan Guru. Buku-buku bisnes tulisan beliau sering menjadi buku best seller dan diulang cetak berulang kali.

Puan Ainon juga merupakan arkitek kepada pembangunan kumpulan usahawan ABS melalui syarikat Ainon Business Holdings Sdn Bhd yang kini menaungi hampir 35 anak syarikat hanya dalam masa 5 tahun ditubuhkan.

Beliau bersungguh-sungguh memperjuangkan bisnes patuh syariah dan memulakan perniagaan tanpa hutang. Buah fikiran dan tulisan beliau selalu ditunggu-tunggu oleh pengikut setia beliau.

Sentiasa Membawakan Kebaikan adalah moto yang menjadi agen penggerak segala usaha yang beliau cuba bawa dan kini beliau kembali ke arena seminar untuk menyampaikan ilmu melalui program yang dibawakan oleh Sekolah Strategi JTuan Baik.

Scroll to Top