Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Syarikat-syarikat kereta mempunyai silabus yang lengkap bagi melahirkan salesman yang mampu menjual kereta mereka.

Antara latihan yang diberikan adalah macam mana salesman dapat mengenalpasti dengan tepat apakah individu yang masuk ke dalam showroom itu sudah ada duit hendak membeli kereta!

Ataupun orang itu sekadar masuk showroom sebab dia hendak cuci mata dan tengok-tengok sahaja!

Salesman itu diberi senarai checklist apa ‘signal-signal’ yang mereka kena tengok pada setiap orang yang masuk ke dalam showroom.

Checklist itu berguna bagi mengelakkan salesman membuang masa melayan orang yang tidak serius mahu membeli kereta.

Checklist itu dihafal oleh setiap salesman.

Checklist tingkah laku prospek digunakan bagi meng-scan sesiapa sahaja yang masuk ke dalam showroom bagi membezakan 3 kategori orang yang masuk pintu :

  1. Apakah orang itu masuk ke dalam showroom sebab dia sudah sedia mahu menukar keretanya dengan kereta baru. Jika itu situasinya, si salesman sudah ada skrip jualan khusus untuk prospek dalam kategori itu.
  2. Apakah dia sedang dalam fasa membuat kajian perbandingan antara kereta-kereta yang diminatinya, tetapi belum sedia membuat pilihan hendak membeli ataupun tidak. Untuk orang macam ini pun, si salesman sudah ada skrip jualannya.
  3. Apakah dia masuk sebab dia hendak membuang masa sementara menunggu isterinya membeli-belah di hipermaket di seberang jalan! Untuk orang macam itu, salesman akan biarkan sahaja, tidak dilayan.

Di sebuah syarikat yang mengimport dan menjual kereta Jepun, apabila syarikat itu akan melancarkan model kereta terbaru, walaupun kereta itu belum dipasang, semua sales executivenya sudah dipaksa masuk kelas latihan bagaimana hendak menjual model baru itu.

Bahan-bahan dalam kelas latihan itu disediakan oleh HQ di Tokyo.

Dalam kelas latihan itu, sales executive diberi panduan skrip bagaimana hendak menjual model baru yang akan diperkenalkan itu nanti.

Di hujung kelas latihan, mereka kena ambil ujian. Mana-mana sales executive yang gagal dalam ujian itu, mereka wajib belajar sampai lulus ujian!

Itu sebab, jangan masuk ke dalam showroom kereta. Bahaya!

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top