Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Anchor client adalah klien kita yang paling besar sumbangannya kepada perolehan syarikat.

Kepada orang awam, anchor client adalah klien idaman. Manakan tidak, dengan 1 klien itu akaun bank kita sudah boleh gemuk tiap-tiap bulan.

Dengan menjaga hubungan baik dengan 1 anchor client, kita sudah dapat memastikan 70% perolehan syarikat dicapai setiap bulan.

Bagi orang awam, itulah bisnes yang bagus. Tak payah pening-pening kepala mencari banyak klien.

Atas faktor anchor client itu menjadi sumber perolehan yang sangat penting, kita boleh menjadi sangat fokus menjaga hubungan baik dengan anchor client itu.

  • Kita menjaga anchor client bagaikan anak raja. Kita layan anchor client bagai menatang minyak yang penuh.
  • Dalam situasi begitu, semua staff sibuk menjaga anak raja itu.
  • Dalam keadaan selesa, kita tidak gila-gila menjalankan kerja-kerja marketing dan sales.

Kita sangka anchor klien itu akan terus wujud dalam senarai klien syarikat kita.

Dalam mindset orang bisnes yang sudah masak dalam dunia bisnes, segala sesuatu mempunyai keuntungan dan risikonya sendiri.

Kewujudan anchor client mendatangkan risikonya sendiri. Lebih besar sumbangan perolehan dari anchor client, lebih serius risikonya.

Situasi anchor client banyak berlaku dalam kalangan syarikat kontraktor sektor kerajaan.

Bisnes Boleh Runtuh

Bagi kita syarikat kecil, risiko yang berpunca dari anchor client boleh menjadi amat serius.

Jika kita mempunyai anchor client, perolehan dari anchor client boleh menyebabkan kedudukan kewangan syarikat kita seperti telur di hujung tanduk.

Pada bila-bila masa apabila kita kehilangan anchor client, syarikat kita boleh mengalami susutan perolehan yang parah.

Dalam sekelip mata, 70% duit tak masuk lagi!

Akibatnya, cashflow syarikat tercekik. Tiba-tiba kita tidak mampu membayar kos operasi bulanan syarikat.

Bisnes kita runtuh.

Bagi mengurangkan kesan parah apabila kehilangan anchor client, kita perlu pastikan perolehan dari anchor client tidak melebihi 10% daripada total perolehan syarikat.

Ini bermakna kita mesti mempunyai jumlah klien yang banyak, sehingga 90% perolehan syarikat datang dari segmen klien yang bukan anchor client.

Tuani kata kita kehilangan anchor client itu, maksimum susutan perolehan yang berlaku hanya 10% sahaja.

Di sinilah pentingnya, tim sales kita jangan pernah berasa selesa. Mereka mesti sentiasa berusaha menokok jumlah klien.

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top