Melawan Trend Pasaran | AinonMohd.com
Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Apakah bisnes kita cuba melawan trend pasaran?

Katakanlah, sesuatu pasaran itu sedang merudum, tetapi kita tetap mahu memasuki pasaran itu.

Kita yakin kita dapat survive, malah kita yakin kita dapat membuat keuntungan biarpun pasaran itu sedang merudum.

Sebagai contoh, pasaran gym sedang murung dan sendu. Tetapi kita yakin kita mampu membuka gym yang menguntungkan.

Lalu kita pun membuka gym, meskipun di sana sini gym-gym pada ditutup. Inilah yang dikatakan bisnes kita cuba melawan pasaran.

Contoh 1 : Trend Restoran Nasi Arab.

Pada masa sekarang bisnes restoran nasi Arab sedang dalam trend menguncup.

Satu masa dulu banyak restoran nasi Arab dibuka di sana sini. Kemudian satu persatu tutup. Pada hari ini tidak banyak yang masih dibuka.

Jika kita membuka restoran nasi Arab, bermakna kita cuba melawan trend. Orang lain menutup restoran nasi Arab mereka, kita pula mahu membuka.

Contoh 2 : Trend Butik

Pada suatu masa dulu butik pakaian sangat banyak dibuka, kemudian satu persatu butik-butik itu tutup.

Tuaninya kita mahu membuka butik, bermakna kita mahu melawan trend pasaran.

Ahli-ahli strategi bisnes mengatakan, apabila kita memasuki trend pasaran yang sedang rancak berkembang, maka peluang bisnes kita dapat survive dan membuat keuntungan adalah cerah.

Begitu juga sebaliknya. Apabila kita masuk dalam pasaran yang sedang murung dan sendu, bisnes kita akan mengalami nasib yang sama.

Ahli-ahli strategi bisnes menasihati supaya kita membuka bisnes dalam sektor yang sedang berkembang. Adalah sangat sukar bagi melawan pasaran.

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top