Apakah yang perlu dilakukan kepada bisnes kita apabila kita sudah tua?

  1. Serahkan kepada anak?
  2. Jual Bisnes itu?
  3. Tutup macam itu sahaja?

Bagaimana pula dengan sumber kewangan peribadi kita apabila kita sudah tua?

Bagaimana dengan nasib staf bisnes kita nanti?

Pelan exit wajib disediakan untuk bisnes kita.

Apabila kita menetapkan pelan exit, kita akan pilih tahun bila kita mahu exit.

Kita perlu merancang dari sekarang exit plan yang baik.

Sebagai contoh, Tuaninya kita mahu menjual bisnes yang ada, kita perlu ambil langkah-langkah supaya nilai bisnes itu tinggi semasa dijual nanti.

Dengan itu penjualan tersebut sangat menguntungkan kita.

Exit-plan sangat penting kerana:

1. Kita mempunyai staf. Adalah tanggungjawab kita memikirkan kebajikan mereka apabila kita sudah tidak mahu meneruskan bisnes kita.

2. Kita mungkin mempunyai hutang-hutang kepada pembekal, bank, finance dan lain-lain.

3. Selepas kita tutup bisnes, dari manakah pendapatan kita akan datang?


Kita juga mempunyai tanggungjawab moral kepada staf kita.

1. Walau apa sekalipun plan-plan bisnes kita, staf kita mestilah menjadi sebahagian daripada plan kita itu.

2. Kita akan pastikan kita sudah memiliki harta yang cukup pada tahun itu.

Banyak peniaga tidak mampu ‘bersara’ walaupun usia sudah tua. Jika mereka berhenti menjalankan bisnes, duit pun berhenti masuk.

Situasi seperti ini dapat dielakkan dari awal.

Rancang bagaimana kita akan bersara daripada menjadi pekerja kepada bisnes kita sendiri.

Pelan exit dengan sendirinya memaksa kita mengenalpasti faktor-faktor di bawah:

1. Dari mana sumber kewangan paling banyak.

2. Bagaimana wang yang diperoleh itu dapat dilipatgTuankan.

Sediakan exit plan supaya kita dapat bersara dengan harta yang cukup bagi membiayai gaya hidup yang kita mahu.

Untuk Lebih Banyak Content Bermanfaat, Download Percuma Apps Ainon Mohd.

Setiap hari, anda akan dapat apps notification mengenai perkongsian bisnes dalam bentuk bertulis dan video daripada Puan Ainon Mohd. 

Klik butang di bawah untuk terus download.