Margin & Markup Dalam Kira Bisnes

Margin & Markup adalah dua terma penting dalam kira bisnes supaya kita tidak tersalah faham dan tidak tersalah guna.

MARKUP

Ia adalah jumlah yang ditambah dari kos produk atau kos servis untuk menampung kos lain dalam bisnes dan juga menentukan untung.

Biasanya, kita gunakan markup untuk menentukan harga.

Contohnya, harga barang ialah RM10. Manakala kos bisnes ialah RM50 dan kita mahukan untung RM20.

Maka kita akan markup sebanyak RM70 dari RM10 dan menjadikan harga RM80.

Dalam kiraan peratus, kita telah markup sebanyak 700%

= ( 70 / 10 ) x 100

= 700 %


Dalam sifir markup adalah normal jumlah peratus lebih 100%

MARGIN

Dalam jualan, margin merujuk kepada perbezaan antara kos dan jualan.

Dalam pengurusan kos, kita perlu mengetahui margin sebenar setiap kos dari jualan.

Contoh yang sama, jika kos produk ialah RM10 dan harga jual ialah RM80.

Maka margin kos produk ialah 12.5%

= ( 10 / 80 ) x 100

= 12.5%

Begitu juga, baki margin selepas tolak kos produk ialah 87.5%.

= ( 70 / 80 ) x 100

= 87.5%

Perlu kita faham, margin tidak akan lebih dari 100%

Dari margin inilah, kita akan bahagikan mengikut kos yang ada dalam bisnes.

Sekiranya bisnes rugi, jawapannya ada dalam margin bisnes.

Supaya kita cekap membaca laporan bisnes, kita mesti tahu membuat kira bisnes dengan betul.





Untuk Lebih Banyak Content Bermanfaat, Download Percuma Apps Ainon Mohd.

Setiap hari, anda akan dapat apps notification mengenai perkongsian bisnes dalam bentuk bertulis dan video daripada Puan Ainon Mohd. 

Klik butang di bawah untuk terus download.