9 KELEBIHAN MEMILIKI WEBSITE UNTUK BISNES KECIL

Ada peniaga kecil bertanya, “Tanpa ada website pun bisnes saya sekarang sudah survive, sudah buat untung. Apa perlunya saya keluarkan banyak modal untuk membuat website? Sedangkan saya boleh gunakan duit itu untuk urusan lain.”

Pada masa ini, website amat penting untuk bisnes kecil.

Sangat banyak manfaatnya kita mempunyai website. Nilai tiap-tiap manfaat itu semakin lama semakin tinggi.

Tidak cukup andainya bisnes kita hanya menggunakan media sosial sahaja untuk bagi menjalankan kerja-kerja marketing dan selling.

Orang semakin bijak sebelum membuat keputusan. Mereka akan cari kita dalam internet dahulu sebelum membuat keputusan.

Website yang dibina secara profesional menghasilkan banyak manfaat jangka masa segara dan jangka masa panjang.

Dalam jangka masa segera, manfaat website adalah:

i. Ia menaikkan jumlah leads yang masuk.

ii. Ia menaikkan jumlah jualan.

iii. Ia menerangkan perbezaan dan keistimewaan produk ataupun servis kita dibandingkan produk dan servis dari syarikat lain.

Website yang profesional juga mempunyai banyak manfaat pada jangka masa panjang.

Di bawah ini 11 sebab mengapa bisnes kecil perlu melabur dalam pembinaan website:

1. Kredibiliti dan kepercayaan

Website mencipta gambaran positif tentang bisnes kita. Orang pandang bisnes kita lebih kredibel dan lebih profesional dibandingkan bisnes yang cuma mempunyai akaun media sosial.

Orang lebih percaya pada bisnes yang mempunyai website.

Walaupun kita sudah muncul di radio, di televisyen, di surat khabar, dan di seminar, selagi bisnes kita tidak mempunyai website yang dibina secara profesional, kredibiliti kita rendah.

Kredibiliti adalah asas membina TRUST atau kepercayaan orang terhadap bisnes kita. Website menaikkan kredibiliti kita dan kredibiliti bisnes kita.

2. Emel brand

Dengan mempunyai website kita boleh memiliki alamat emel sendiri yang menaikkan nama brand kita.

Contohnya: farhan@batiksutera.com. Surat-menyurat kita dipandang lebih profesional. Orang lebih yakin dengan bisnes kita.

3. Menarik customers baru

Dengan mempunyai website kita dapat menarik lebih banyak customers baru yang datang dari carian di Google.

Tidak cukup andainya customers kita cuma datang dari media sosial. Customers kita datang dan pergi.

Justeru kita mesti sentiasa mencari customers baru. Ini pekerjaan yang tidak boleh berhenti.

Dengan membina website yang profesional, tugas mencari customers baru dijalankan oleh website itu.

4.  Showcase produk

Di website kita dapat pamerkan produk dan servis kita secara yang lebih profesional dan meyakinkan.

Customers dapat tengok kualiti produk dan servis kita dengan melihat gambar-gambar, video, dan artikel informasi yang bermutu tinggi.

5. Customers target

Kita dapat terbitkan informasi yang penting tentang produk dan servis kita. Itu membolehkan kita mendapatkan customers yang menjadi target untuk bisnes kita.

Sebagai contoh, jika kita mempunyai restoran, kita boleh terbitkan gambar semua menu kita. Kemudian, kita boleh tandakan menu yang khusus menggunakan bahan organik sahaja.

Dengan itu kita dapat tarik customers yang berminat dengan makanan organik.

6. Reviu dan kredential

Kita boleh terbitkan reviu dan testimoni dari pakar-pakar dan pertubuhan yang mempunyai autoriti dan dipercayai ramai.

Reviu dan testimoni dari pakar adalah sosial proof yang tinggi nilainya.

7.  Menang dalam persaingan

Website dapat meletakkan bisnes kita di barisan depan. Ini khususnya apabila pesaing kita belum membina website mereka.

Apabila orang mencari maklumat, mereka jumpa website kita. Andainya pesaing sudah membina website mereka, kita bina website yang sangat berbeza dan lebih meyakinkan dibandingkan website mereka.

8.  Visibiliti

Visibiliti amat penting. Orang mesti nampak bisnes kita, dan mereka mesti jumpa bisnes kita.

Tanpa mempunyai website orang tidak nampak bisnes kita. Apabila mereka membuat carian dalam internet, mereka tidak jumpa kita.

Kita tidak dapat bersaing dengan mereka yang mempunyai website. Kita kalah, dan akhirnya bisnes sukar nak survive.

9.  Capaian yang cepat

Dalam marketing, capaian atau akses amat penting. Website memudahkan bisnes kita diakses.

Apabila orang mencari kita, mereka mesti mudah menjumpai website kita dalam internet.

Pada masa ini CEPAT lebih penting daripada CANTIK.

Website kita mesti dapat dibuka dengan cepat dalam handphone. Jika lambat, orang hilang sabar.

Tidak mengapa andainya website kita kurang cantik, yang lebih penting ia cepat muncul.

PENUTUP

Dalam digital marketing, website adalah komponen paling penting. Duit yang dilaburkan dalam website yang bagus adalah duit yang dilaburkan dengan bijaksana.

Untuk Lebih Banyak Content Bermanfaat, Download Percuma Apps Ainon Mohd.

Setiap hari, anda akan dapat apps notification mengenai perkongsian bisnes dalam bentuk bertulis dan video daripada Puan Ainon Mohd. 

Klik butang di bawah untuk terus download.