Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Apa itu ‘developmental progress strategy’ atau terjemahan Melayunya ‘strategi maju sambil membangun’?

Ia adalah suatu strategi kerja.

Ada ketua kerja-bisnes yang kepimpinannya sangat efektif. Dalam masa singkat projek-projek bisnes yang di bawah pimpinannya sudah menghasilkan pendapatan $$$.

Ada ketua kerja-bisnes yang kepimpinannya kurang efektif. Projek bisnes yang di bawah pimpinannya lambat take-off. Duit lambat masuk. Anak-anak buah yang mahukan duit mulai hilang sabar.

Strategi ‘strategi maju sambil membangun’ adalah salah satu strategi kerja yang membolehkan sesuatu kerja itu mula dilaksanakan cepat, meskipun perancangannya belum betul-betul siap 100%.

Sambil kerja itu dibuat, sambil dibetulkan di sana sini apa-apa yang mungkin salah, terkurang ataupun terlupa.

Dua syarat kejayaan apabila kita menggunakan ‘strategi maju sambil membangun’:

  1. Team kita mesti mahir multi-tasking
  2. Kemahiran problem-solving gaya street-smart

Tiga faktor yang menyebabkan kita tidak berani menggunakan ‘strategi maju sambil membangun’:

  1. Kita terlalu mementingkan perancangan di atas kertas.
  2. Kita cuba menyelesaikan masalah sebelum masalah itu terjadi.
  3. Kita banyak membuat ramalan negatif.
Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top