Pantang Larang Dalam Kredibiliti (+ Versi Video)

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Untuk menjadi seseorang yang berkredibiliti dan mempunyai kelayakan untuk melakukan sesuatu tindakan, anda mestilah menghindari pantang larangnya.

Jangan kita terlibat dalam menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar. Jangan kita kongsikan yang kita tak confirm betul ke tak. Semak dulu sesuatu fakta sekiranya anda mahu sebarkan. Apatah lagi dalam dunia serba canggih dan jalur lebar di hujung jari, kuasa dunia tanpa sempadan menyebabkan jari kita cepat bertindak daripada kepala otak.

Hilang kredibiliti. Hilanglah kelayakan. Habis hilang kepercayaan.

Sebaiknya, kita dah tahu segmen kita. Kita share perkara yang menguntungkan segmen kita. Jangan sesekali share sesuatu yang boleh merugikan.

Kalau segmen kita usahawan. Kita beri content & nilai kepada mereka.

Kita jangan terlibat dengan kontroversi semata-mata nak bina sensasi dan populariti. Ambil sebagai contoh, isu LGBT. Kita jangan terikut-ikut dengan netizen yang suka melebih-lebih, tengok-tengok kongsi berita tak benarpun.

Even kalau ada staff yang macam itu, fokus pada hasil kerjanya sahaja. Beri hak kerjanya. Jangan menafikan haknya untuk berkerja.

Jadi orang boleh nilai kita ini orang bagaimana. Perticular atau mudah terikut-ikut dengan isu secara semberono.

Tonton versi video di bawah:

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top