Pandai Berbisnes…. Tetapi Tidak Pandai Menjual

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Bakat bisnes tidak sama dengan bakat menjual.

Majoriti mereka yang memiliki bakat bisnes tinggi tidak mempunyai bakat menjual. Meskipun mereka tidak pernah menjual apa-apa, namun jualan syarikat yang mereka uruskan berjaya menghasilkan jualan berpuluh, malah beratus ribu ringgit setiap bulan.

Sekali sekala ada individu yang memiliki kedua-dua bakat itu, yakni dia pandai menjalankan bisnes dan juga pandai menjual. Sebagai contoh, ada banyak salesman yang membuka syarikat sendiri dan berjaya.

Cuma bakat mana yang lebih dominan. Apakah bakat bisnesnya yang lebih dominan, ataupun bakat menjualnya?

Salah satu risiko apabila kita memiliki kedua-dua bakat bisnes dan bakat menjual adalah kita TER-sibuk dengan kerja-kerja menjual. Lalu kita kurangkan masa menjalankan kerja-kerja bisnes yang hakiki.

Kerja-kerja menjual menghasilkan duit-cepat. Inilah yang mudah mendorong kita menyibukkan diri dengan kerja-kerja menjual.

Di situ kita menjual, di situ kita nampak duit masuk. Ia sangat seksi!

Lalu kita semakin seronok menjual. Kitalah pemilik syarikat, kitalah ketua salesman syarikat.

Kerja-kerja bisnes lambat menghasilkan duit, lalu kita kurang menumpukan masa dan otak kepada kerja-kerja bisnes yang hakiki.

Apabila orang bisnes sibuk dengan kerja-kerja menjual, hasilnya jualannya laris tetapi dia tidak dapat memimpin tim-nya mengembangkan sayap bisnesnya.

Dia umpama tukang gali telaga yang berjaya menggali telaga lamanya semakin lebih dalam, dan lebih dalam.

Dia tidak menggali lebih banyak telaga-telaga baru.

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top

Kami akan update 3 artikel baru setiap minggu

Isi nama & emel tuan untuk jadi pembaca terawal artikel terbaru Puan Ainon