Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Salah satu bisnes yang sangat, sangat, menguntungkan adalah dengan menjadi syarikat francaisor. Ini yang mendorong banyak peniaga berangan-angan mahu mendapatkan lesen menjadi francaisor.

Dalam kalangan ahli-ahli ABS pun ada yang sangat berminat mahu membuka syarikat francaisor, dan bertanya bagaimana langkah-langkah menjadi francaisor.

Sebagai contoh, seorang ahli ABS sudah mempunyai 7 buah tadika aliran Islamik di Lembah Kelang. Beliau sangat mahu menjadikan tadikanya rangkaian tadika francais.

.

Beginilah nasihat ABS kepada ahli-ahlinya yang mahu membuka syarikat francaisor….

ABS mengamalkan dasar bisnes syariah-compliant.

Ada beberapa faktor dari sudut agama yang ahli-ahli ABS perlu diambil kira apabila hendak menjadi syarikat francaisor.

Pertama, peguam yang kita bayar supaya menyediakan dokumentasi perjanjian antara francaisor dan francaisi itu mungkin dia menjalankan tugasnya dengan mengambil jalan mudah.

Si peguam mungkin hanya mengambil dan menyesuaikan semula model-model perjanjian syarikat francaisor, yang pada asalnya dokumen itu mungkin digubal oleh peguam-peguam bukan Islam, contohnya peguam di US.

Dengan itu, si peguam mungkin tidak perasan bahawa terdapat unsur-unsur yang tidak syariah-compliant dalam model perjanjian yang digunakannya itu.

Contoh unsur-unsur yang tidak syariah-compliant dalam dokumen perjanjian antara francaisor dan francaisi:

1. Isu klausa-klausa default yang tidak syariah-compliant, contohnya jika francaisi tidak mahu menyambung kontrak francais:

  • Si francaisi hendaklah memusnahkan semua peralatan yang dibeli dari francaisor.
  • Si francaisi tidak dibenarkan membuka bisnes yang selama 3 tahun, malah ada yang sampai 7 tahun.
  • Si francaisi tidak dibenarkan berbaik-baik menjalin ukhuwah dan memberi kerjasama ataupun memberi bantuan kepada mana-mana pengusaha dari syarikat lain.

2. Isu di mana pihak farncaisor sengaja mahu mengaburi prospek, maka diletakkan pelbagai janji-janji manis yang termaktub dalam dokumen perjanjian sedangkan si francaisor tahu dia tidak mampu mengkotakan janji-janji manis itu.

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top

Kami akan update 3 artikel baru setiap minggu

Isi nama & emel tuan untuk jadi pembaca terawal artikel terbaru Puan Ainon