Lean-Startup Bagi Memulakan Bisnes

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Dari ABS

ABS mengamalkan prinsip Lean-Startup bagi memulakan bisnes.

Mazhab Lean-Startup mengajarkan supaya sebelum memulakan pengeluaran dan penjualan sebarang produk ataupun servis, kita menjalankan ujian dahulu supaya kita mengetahui bagaimana agaknya sambutan pasaran.

Test dahulu, apakah betul pasaran mahukan produk yang kita akan tawarkan itu nanti.

Istilahnya, validate, validate, validate…. Test, test, test. Jangan main redah sahaja, begitulah kata orang kampung.

Banyak peniaga Melayu main redah sahaja semasa mengeluarkan produk terkilang mereka. Akibatnya berpuluh ribu, malah beratus ribu duit panjaman bank hangus terbakar.

Kita mahu mengeluarkan 5000 unit krim penghilang parut kesan kehamilan. Wakil jualan kilang OEM itu akan buat semuanya untuk kita.

Kita tidak perlu buat apa-apa, kita cuma pilih sahaja apa krim yang kita mahu, warna apa, bau apa, bentuk botol macam mana, label apa, desain macam apa, sijil halal dll. Semuanya disediakan oleh pihak kilang. Kita bayar sahaja.

  • Betulkah produk kita itu ada pembelinya? Kalau ada, berapa ramai yang mahu membelinya?
  • Apa profail mereka yang mahu membelinya? Remaja? Perempuan muda? Perempuan profesional? Perempuan suri rumah? Perempuan kaya?
  • Betulkah harga jualannya sesuai dengan pembeli?
  • Betulkah desain kotaknya disukai pembeli?
  • Betulkah kedai runcit mahu mengambilnya?
  • Betulkah supermarket mahu mengambilnya?
  • Betulkah botol yang kita pilih itu mendorong orang mahu membelinya?

Ahli ABS dari Kuching, Cikpuan Nur Aisyah Mushadad pernah menulis pengalamannya memilih produk dengan cara main-terjah sahaja….

Logik kalau “laku-di-Semenanjung-di-Sarawak-pun-laku” adalah suatu kesilapan yang saya pernah lakukan.

Di Semenanjung, pada hari raya orang lebih banyak hidangkan biskut yang cantik-cantik.

Saya pun borong biskut untuk dijual di Sarawak. Dalam hati saya, ini pasti laku keras.

Tetapi hakikatnya orang Sarawak jarang menghidangkan biskut semasa raya. Kami lebih banyak menghidangkan kek lapis.

Akibatnya, duit modal saya sangkut.

Cara untuk cover balik duit itu adalah daripada keuntungan menjual kek lapis….”

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top