Ciri-Ciri Bisnes Yang Dapat Berkembang Besar

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Banyak peniaga terperangkap dalam bisnesnya yang tidak dapat dikembangkan.

Dari sejak mula-mula dia membuka bisnesnya, sampai berbelas-belas tahun kemudian, dia masih melakukan kerja-kerja yang sama.

Pendapatannya juga, tak naik-naik. Macam itu jugalah.

Jenis bisnes sangat menentukan sama ada kita boleh menjadi pemilik bisnes yang berpotensi berkembang besar, ataupun bisnes yang serupa sahaja.

Pilih bisnes yang aktivitinya mempunyai dua ciri:

1. Ciri Scalable = Dapat Diturunkan

Bisnes yang scalable, senang cakap, adalah yang bisnes yang kualiti produk ataupun servis itu dapat dipindahkan kepada staff, ataupun kepada mesin dan robot.

Bisnes membuka tadika adalah bisnes yang scalable. Kita dapat latih guru-guru menjalankan bisnes itu. Kita sendiri tidak perlu menjadi guru.

Kita dapat wujudkan SOP-SOP bagi tiap-tiap proses kerja itu. Menggunakan SOP-SOP itu kita dapat latih staff.

Bisnes kita tidak scalable, apabila skill itu melekat pada diri kita. Skill itu tidak dapat hendak kita turunkan kepada staff.

Jenis skill yang tak scalable adalah skill yang datang daripada bakat semulajadi kita. Bakat itu melekat pada diri kita. Bakat itu pula yang menjadi produk bisnes kita!

Akibatnya, kalau kita tidak ada, kedai kita pun terpaksa ditutup.

2. Ciri Repeatable = Dapat Diulang

Ini bermakna, kejayaan bisnes kita itu dapat diulang-ulang.

Di mana-mana pun, bila-bila pun, kita membuka cawangan kita, bisnes kita itu dapat menghasilkan produk ataupun servis yang sama baik kualitinya.

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top