Cara Salah Mengurus Staff Pintar

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Kursus-kursus pengurusan dan kepimpinan di tempat kerja yang ada dalam pasaran sekarang sudah lama lapuk disebabkan kandungannya ketinggalan zaman.

Konten kursus-kursus itu adalah berdasarkan andaian orang bawahan yang mahu diurus dan dipimpin itu lebih bodoh daripada si pengurus ataupun si pemimpin.

Dalam dunia digital hari ini, perkembangan dan perubahan informasi berlaku dengan sangat pantas.

Akibatnya, ilmu yang ada pada para pengurus dan pemimpin menjadi lapuk dalam masa amat cepat.

Orang bawahan kita mempunyai skill-skill analitikal dan teknikal yang lebih baik daripada kita yang menjadi ketua-kerua mereka di tempat kerja.

Kita masih menggunnakan teori-teori pengurusan dan kepimpinan yang sudah purba!

.

Dulu kita diajar supaya membaca buku-buku teori dan teknik bagaimana menjaga kambing di dalam kandang. Sekarang, yang ada di dalam kandang adalah serigala. Kita masih menggunakan buku-buku rujukan bagaimana menjaga kambing….

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top

Kami akan update 3 artikel baru setiap minggu

Isi nama & emel tuan untuk jadi pembaca terawal artikel terbaru Puan Ainon