Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Mengembangkan bisnes kita sekarang….

Ada 2 sisi bisnes yang perlu dilakukan supaya bisnes berkembang:

Sisi Bisnes Itu Sendiri

  • Perkenalkan produk-produk baru

Ini wajib dilakukan. Kita tidak dapat membesarkan bisnes yang ada hanya dengan menjual produk yang ada.

Sebagai contoh, jika sekarang kita hanya menjual pes mee bandung, kita musti memperkenalkan pes-pes mee lain.

Berapakah besarkah saiz peminat mee bandung? 1 juta orang? 2 juta orang?

Saiz pasaran pes mee bandung yang ada sekarang tidak cukup bagi membolehkan syarikat kita membesar menjadikan jualan naik berpuluh ribu ringgit sebulan.

Pengeluar produk macam Maggi Mee, Coca-Cola dan Colgate pun dari waktu ke waktu sentiasa memperkenalkan produk-produk baru.

  • Buka channel-channel baru

Pertambahan jenis produk sahaja tidak boleh menjadi asas pembesaran bisnes. Jika sekarang kita hanya menjual online, kita perlu membuka channel offline. Pasaran offline di negara ini masih besar.

Serentak dengan pengenalan produk-produk baru adalah pembukaan lebih banyak channel-channel baru.

Jika sekarang jualan hanya melalui channel kedai runcit sekitar Lembah Kelang, lebarkan pengedaran ke luar Lembah Kelang.

Sisi Pengurusan Syarikat

  • Lakukan aspek-aspek pengurusan yang selama ini tidak dilakukan

Jika sekarang kita tidak mempunyai jabatan sales, bukalah jabatan sales. Ambil staff yang khusus sebagai salesman.

Begitu juga, jika sekarang kita tidak mempunyai bajet khusus untuk marketing, maka buat peruntukan untuk aktiviti marketing.

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top