Budak Pandai Yang Mahu Membuat Bisnes

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Tip ini khusus ditulis untuk bacaan ‘budak pandai’ yang sedang bersiap sedia mahu membuka bisnes sendiri….

Dalam dunia bisnes, kita akan terpaksa berurusan dengan banyak orang-orang yang pandai-pandai macam kita juga.

Orang-orang pandai itu berada di tempat-tempat yang penting. Mereka duduk di kerusi-kerusi penting.

Tangan orang-orang pandai memegang banyak kuasa. Tanda tangan mereka sangat kita perlukan.

Mereka adalah orang-orang penting. Mereka dapat memberikan banyak peluang bisnes.

Sebagai orang pandai, kita perlu mempelajari skill-skill menjalin hubungan baik dan bekerjasama dengan ‘orang-orang pandai’ lain:

Orang-orang pandai sangat konfiden bahawa mereka adalah orang pandai.

Jadi, apabila bersama dengan orang-orang pandai, kita jangan ‘tunjuk pandai’. Dengan cara itu, mereka akan suka berurusan dengan kita.

Orang pandai sangat suka mendengar pendapat mereka sendiri.

Jadi, apabila orang pandai bercakap, kita diam sahaja. Biar orang pandai itu yang banyak bercakap.

Biarkan dia berasa puas hati mendengar suaranya sendiri.

Apabila dia sudah puas hati dengan biji butir percakapannya, barulah nanti dia suka bercakap-cakap dengan kita!

Orang pandai pantang dibuktikan pendapat mereka salah.

Jadi, meskipun sah-sah pendapat orang pandai itu salah, kita diam sahaja. Biarkan orang lain yang membuktikan dia salah.

Kita fokus pada menjaga hubungan baik.

Dengan sikap kita yang banyak berdiam apabila orang pandai bercakap, insyaAllah orang-orang pandai itu akan terus suka bercakap-cakap dengan kita.

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top

Kami akan update 3 artikel baru setiap minggu

Isi nama & emel tuan untuk jadi pembaca terawal artikel terbaru Puan Ainon