Apa Itu ‘Bayaran Tertangguh’?

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Apabila kita membuka bisnes, banyak bayaran terpaksa ditangguhkan bayarannya.

Sebagai contoh:

Gaji kita sendiri sebagai COO syarikat adalah RM5k sebulan. Tetapi tiap-tiap bulan syarikat tidak mampu membayar gaji kita. Jadi, syarikat kita ‘berhutang’ kepada kita RM5k sebulan.


Bagaimanakah syarikat akan membayar gaji kita itu?

Kita sendiri mesti bekerja keras membawa duit masuk. Apabila syarikat ada duit, barulah syarikat dapat membayar sedikit demi sedikit hutangnya kepada kita.


Saya kongsikan pengalaman saya sendiri semasa membuka syarikat penerbit buku PTS.

Selama 3 tahun PTS tidak mampu membayat gaji saya. Saya ditanggung oleh suami yang makan gaji. Masuk tahun keempat, barulah hutang-hutang gaji saya itu dibayar…. Banyak duit saya!


Banyak otang muda silap di sini. Mereka tidak ambil gaji disebabkan syarikat tidak mampu membayat gaji.

Mesti ambil gaji. Cuma gaji itu diambil secara tertangguh!

Rekodkan berapa jumlah hutang yang syarikat perlu bayar kepada kita. Nanti semangat kita untuk terus bekerja kuat akan sentiasa tinggi.

Apabila kita tidak ambil gaji, lama-lama kita patah semangat, maklumlah kita berasa sia-sia bekerja sedangkan gaji tak dapat….

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp