Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp

Dari ABS

Ability, lain….
Acceptability, lain….

Banyak orang muda mempunyai ‘ability’ atau kemampuan, khususnya ability dalam bidang profesional sesuai dengan ijazah mereka. Mereka juga bekas pelajar-pelajar pintar di sekolah dan di universiti.

Namun mereka mengalami perasaan sangat tidak puas hati di tempat kerja apabila mereka tidak dinaikkan pangkat dan gaji selaju yang mereka yakin mereka layak.

.

Banyak pula orang muda yang biasa-niasa sahaja semasa di sekolah dan di universiti.

Namun, di tempat kerja mereka lebih laju naik pangkat dan produktiviti mereka lebih tinggi.

Golongan ini adalah mereka yang memiliki ability biasa-biasa, namun acceptability mereka dalam kumpulan rakan sekerja adalah sangat tinggi.

.

Dalam bidang kejayaan secara berkumpulan, ability adalah modal penting, namun acceptability adalah modal yang lebih penting.

Banyak individu yang memiliki ability tinggi, namun kehadiran mereka ditolak oleh majoriti ahli-ahli kumpulan. Rakan-rakan sekerja tidak suka bekerja dengan mereka.

Mereka hanya diterima oleh individu-individu yang macam diri mereka juga.

.

Dalam dunia bisnes, perkara yang sama berlaku.

Banyak usahawan muda yang berbakat dan pintar, namun mereka lama dalam keadaan terkial-kial hendak memajukan bisnes mereka. Staff mereka kerap berhenti kerja.

Mereka mengalami kesukaran menjalin hubungan kerjasama dengan staff. Staff mereka bekerja semata-mata atas keperluan mencari nafkah. Sambil bekerja, sambil mereka mencari-cari kerja di tempat lain.

Ertinya, sebagai majikan acceptability mereka kepada staff adalah rendah.

Di satu pihak lain, banyak usahawan muda yang bakatnya biasa-biasa sahaja, tetapi mereka memiliki pasukan staff yang luar biasa kualitinya.

Staff mereka setia, sanggup sama-sama susah dan sama-sama senang bersama-sama majikan mereka.

Share on facebook
Share on telegram
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top