6 KESILAPAN PALING KERAP TERDAPAT PADA WEBSITE BISNES KECIL

Banyak peniaga kecil mahu berjimat, lalu mereka belajar sendiri macam mana hendak membina website.

Kerja-kerja mendesain website adalah kerja-kerja seni. Seni yang bermutu mencipta pengalaman yang baik. Sebuah website yang menarik adalah suatu hasil kerja seni.

Website yang bagus mesti mencipta pengalaman di mana kita rasa seronok menengok foto-fotonya, membaca artikelnya, menonton videonya, berjalan-jalan di dalamnya, menarik minat kita hendak tahu lebih sampai kita lama berada dalam website itu, dan kontennya amat berguna.

Pakar-pakar website menerangkan kesilapan yang paling kerap terdapat pada website bisnes kecil.

Inilah 6 kesilapan yang paling kerap terdapat pada website yang dibuat sendiri secara amatur.

1. Menggunakan gaya karangan dan bahasa yang tidak menarik minat customers untuk membacanya.

Jarang sekali peniaga kecil mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang bahasa dan karang-mengarang.

Artikel dalam website mesti menarik minat customers untuk membacanya sampai habis. Ini adalah aspek yang sangat penting dalam menyampaikan mesej kita.

Walaupun mesejnya bagus, apabila bahasanya tidak bagus, customers tidak mahu membacanya, bermakna mesej kita takkan sampai.

Mesej yang bagus mesti disampaikan dalam bahasa yang bagus. Baru customers percaya produk dan servis kita bagus.

Antara kesilapan yang banyak dilakukan apabila peniaga kecil mengarang sendiri artikel dalam websitenya:

i. Susunan isi kandungan yang tidak berstruktur, berbelit-belit, menyebabkan customers tidak mahu meneruskan bacaan.

ii. Ejaan yang salah.

iii. Tanda bacaan yang salah.

iv. Tatabahasa yang salah.

Semua kesalahan itu nampaknya macam kecil, tetapi ia merosakkan kredibiliti dan integriti bisnes kita. Akibatnya, customers hilang kepercayaan kepada mutu produk dan servis kita.

Mutu karangan baik dan bahasa yang betul adalah imej kepada sebuah perniagaan yang diurus secara profesional dan syarikat yang sudah kukuh.

Dengan menjaga mutu karangan dan gaya bahasa, meskipun bisnes kita masih kecil, imej brand kita dipandang tinggi dan mampu meyakinkan customers.

2. Semak-samun sangat dengan macam-macam perkara yang hendak dibuat.

Macam-macam benda hendak ditunjukkan. Ini kesilapan yang kerap berlaku.

Terus saja paparkan informasi penting berkenaan bisnes kita.

Dalam masa beberapa saat, orang yang masuk website kita mesti sudah boleh dapat gambaran yang betul berkenaan apa sebenarnya bisnes kita.

Biasa berlaku, disebabkan kita hendak sangat menerangkan apa bisnes kita, akibatnya kita paparkan terlalu macam-macam maklumat.

Webiste yang semak-samun dengan macam-macam gambar, macam-macam topik artikel, dan macam-macam video boleh membuat orang keliru apa sebenarnya fokus dalam bisnes kita.

3. Sedikit sangat maklumat yang dipaparkan.

Website itu menerangkan terlalu sedikit informasi berkenaan siapa kita dan apa sebenarnya bisnes kita. Ini pun kesilapan juga.

Orang yang masuk website kita tidak mendapat gambaran yang jelas apa sebenarnya bisnes kita.

Orang yang masuk website hendak tahu siapa diri kita, apa bisnes kita sebenarnya.

Mereka hendak tahu macam mana bisnes kita dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.

4. Terlalu rencam sampai mengelirukan.

Website kita mengelirukan apabila kita tidak tahu apa ciri utama pada brand kita. Orang menjadi keliru apa sebenarnya brand kita.

Apa sebenarnya identiti brand yang hendak ditonjolkan? Ini berlaku apabila website itu menggunakan:

i. Banyak sangat typeface.

ii. Banyak sangat color palettes

ii. Banyak sangat tema

Semua itu tidak pula ada kaitan yang jelas antara satu sama lain.

Kesilapan macam itu mudah berlaku apabila kita tidak jelas apa sebenarnya imej brand kita.

Akibat apabila kita tidak tahu imej brand kita:

i. Kita tertarik hendak menggunakan beberapa design templates. Asal kita tengok template itu macam cantik, kita gunakannya.

ii. Kita hendak menyampaikan macam-macam mesej serentak. Kita hendak beritahu itu, beritahu ini, sampai website kita menjadi rencam dan riuh-rendah.

Apabila membuat desain website, lakukan ini:

i. Pilih 1 tema

ii. Pilih 1 logo

iii. Pilih 1 typeface

Gunakan 3 perkara itu untuk seluruh website.

5. CTA yang teruk.

CTA adalah singkatan ‘call to action’. Kita suruh customer kita buat sesuatu.

Contohnya kita suruh mereka:

“Klik di sini.”

“Dapatkan kupon.”

“Lebih banyak maklumat ada di sini.”

Customers mesti tahu apa yang mereka akan dapat sebelum mereka lakukan apa yang kita suruh. Jadi, mereka mesti diberi informasi yang cukup.

Jangan buat perkara yang membuat customer menyampah!

i. CTA mesti ringkas.

ii. Beritahu dengan jelas apa yang customer perlu buat.

iii. Jangan suruh customers isi banyak maklumat dalam borang. Manusia tidak suka disuruh mengisi borang. Jadi jangan suruh customers isi borang yang minta itu ini.

iv. Beri mereka beberapa minit sebelum kita munculkan CTA. Jangan gopoh-gapah hendak suruh mereka klik CTA. Nampak macam kita kemaruk sangat hendak menjual.

5. LOOK dan FEEL website itu tidak disesuaikan dengan target customers.

Website mesti ada LOOK dan FEEL yang sesuai dengan target customers-nya. Lain website, lain customers-nya, maka lainlah look dan feel-nya.

Seni, gaya, dan reka-letak konten dalam website mesti mampu menarik minat customers yang menjadi target kita supaya mereka sudi berlama-lama dalam website kita melakukan aktiviti di bawah ini:

i. Mereka membaca artikel.

ii. Mereka tengok foto-foto.

iii. Mereka tonton video-video.

Tetapkan dengan tepat siapa target customers untuk produk dan servis kita. Apabila kita cuba menarik minat semua orang, hasilnya tidak ada orang berminat.

Feel dan look website dapat dikategorikan ke dalam jenis:

i. Sangat profesional

ii. Trendy dan hip

iii. Fun, rancak, dan seronok

iv. Sejuk, menenangkan, dan mendamaikan

Lazimnya, ilmu dan skill mencipta look dan feel website tidak dimiliki oleh pemilik bisnes kecil.

Akibatnya, apabila kita buat sendiri website kita, look dan feelnya tidak menjadi macam yang sepatutnya, maklumlah kita adalah amatur.

6. Cara memaparkan artikel yang membuat customers hilang minat hendak membacanya.

Peranan artikel sangat penting dalam website kita. Artikel dapat menerangkan aspek bisnes, produk, dan servis kita yang tidak dapat diterangkan dalam foto dan video.

Artikel yang bagus mesti dipaparkan dengan gaya yang bagus, baru customers mahu membacanya sampai habis.

i. Pilih font yang sesuai dengan imej brand. Pertama, font mesti memudahkan mata membaca teks. Kedua, font mesti menaikkan seri dan daya tarikan wajah muka surat.

ii. Cipta layout yang sesuai dengan imej brand.

Iii. Ruang kosong putih mesti digunakan dengan betul, supaya teks yang panjang pun tidak menggerunkan customers hendak membacanya. Hasilnya, walaupun artikel itu panjang, ia mudah dibaca sampai habis.

iv. Teks jangan terlalu pekat dan padat. Website bukan buku. Pecah-pecahkan teks yang panjang supaya menjadi perenggan yang pendek-pendek.

v. Gunakan elemen visual bagi memudahkan pembaca memahami konten dalam teks.

Penutup

Membina website adalah perkara yang mesti dibuat dalam dunia digital sekarang.

Perniagaan yang tidak mempunyai website tidak dapat bersaing dengan pesaing yang mempunyai website.

Kos membina website adalah modal. Untuk peniaga kecil, kita mesti sanggup ikat perut menyimpan duit bagi membina website yang mampu menaikkan bisnes kita. Jangan hendak berjimat sampai website kita tidak membantu bisnes kita naik.

Apabila sedang mendesain website kita, sentiasa ingat dua perkara. Pertama, siapa target customers kita. Kedua apa brand image kita. Dua perkara itu menentukan sejauh mana website kita dapat membantu menaikkan bisnes kita.